falling down


Click here for Myspace Layouts

Friday, 16 November 2012

sirah rasulullah

-bacalah-
Baginda S.A.W dilahir dan dibesarkan dalam keadaan yatim , kerana bapanya Abdullah meninggal dunia semasa baginda berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya . Apabila baginda mencapai umur 6 tahun meninggal pula ibunya Aminah . Betapa pahitnya kehidupan baginda dimasa kecilnya , kerana kehilangan belai kasih sayang daripada kedua ibubapa . Setelah itu , baginda berada di bawah jagan nendanya Abdul Mutalib .

Kemudian tidak lama selepas itu nendanya pula meninggal dunia sewaktu baginda berumur 8 tahun . Lalu bapa saudaranya Abu Talib pula mengambil alih tugas penjagaan hingga baginda terus membesar dan meningkat remaja . Keadaan yatim ini ALLAH S.W.T paparkan dalam Al-Quran surah Ad-Dhuha ayat 6 .

Mafhumnya : "bukankah DIA mendapatimu sebagai seorang yatim , lalu DIA melindungimu"....


4 tahun pertama daripada masa kanak-kanak baginda Rasulullah S.A.W berlalu dengan hidup bersama-sama keluarga Bani Saad di padang pasir . Disana lah baginda mengalami pertumbuhan jasmani dan perkembangan rohani dengan tubuh badannya yang tegap dan gagah , sihat dan kuat . Lidahnya fasih dan lancar , hatinya berani , malah baginda sejak dari kecil lagi pandai menunggang kuda . Dengan demikian terserlah lah bakat-bakat baginda yang terpendam hasil dari kesucian dan ketenangan padang pasir yang disinari pancaran panas matahari dan tiupan angin bersih .

Diceritakan bahawa nendanya Abdul Mutalib ketika duduk bersama baginda diatas hamparan , tiada seorang pun dari anak-anaknya(iaitu bapa-bapa saudara baginda) yang berani duduk bersamanya . Pernah berlaku pada suatu ketika semasa baginda masih kecil , baginda datang duduk diatas hamparan nendanya , lantas bapa-bapa saudaraya menarik keluar dari atas hamparan tersebut , lalu nendanya Abdul Mutalib terus berkata kepada anak-anaknya "biarlah anakku ini kerana demi ALLAH sesungguhnya ada baginya keistimewaan".....

No comments:

Post a Comment